cpr certification online
cpr certification onlineNational CPR associationcpr certification online

Puasa Nabi Daud ialah puasa yang dilakukan secara selang-seli tanpa putus iaitu sehari berpuasa esoknya tidak dan begitulah seterusnya.

Hadis Rasulullah s.a.w berkaitan puasa Daud :

" Maka berpuasalah kamu sehari dan berbuka sehari, inilah (yang dinamakan) puasa Daud a.s dan ini puasa yang paling afdal. Lalu aku (Abdullah bin Amru r.a. berkata : "sesungguhnya aku mampu untuk puasa lebih dari itu")maka Nabi s.a.w berkata : "tidak ada puasa yang lebih afdal dari itu" ( hadis riwayat:Bukhari )

Apakah amalan Nabi Daud sehingga membolehkan baginda diberi kekuatan melaksanakan puasa ini.

Antara amalan Nabi Daud :

1. Nabi Daud seorang yang lebih suka bekerja mencari nafkah dari hasil kerja keras tangannya sendiri, berbanding mengambil gaji dari negara yang diperintahnya.

2. Baginda gemar berzikir dan beribadah, sehingga dikatakan, semua makhluk hidup di dunia ini sentiasa meniru dan mengikut zikir Nabi Daud pada Allah.

3. Baginda sentiasa bersyukur akan segala pemberian Allah.

Mereka yang ingin melaksanakan puasa sunat Nabi Daud a.s perlu persiapan tertentu.  Ini kerana puasa ini termasuk dalam puasa yang utama namun berat.

Ia memerlukan persiapan dan usaha yang bersungguh-sungguh.

1. persiapan mental - niat merupakan salah satu persediaan dari segi mental.

2. persiapan rohani - membersihkan hati dengan nilai-nilai keTuhanan dalam jiwa dan hati.

3. persediaan kewangan - walaupun tak berapa penting dari segi ini. namun ia berkait dengan ketenangan seseorang. justeru, kewangan perlu dirancang dengan baik.

4. keperluan fizikal - mampu memberi ketahanan ketika berpuasa. misalnya, menyediakan makanan untuk bersahur dan berbuka.

Berkongsi pengalaman dengan mereka yang diberi kekuatan  mengamalkannnya :

1.   Menyihatkan badan – seperti puasa lain, puasa Nabi Daud juga mampu memberi kesihatan kepada tubuh badan. Puasa Nabi Daud dapat mengubati beberapa penyakit antaranya, penyakit kulit, sakit sendi tulang, mengawal kolesterol, penyakit nacreous, mengawal kadar gula dalam darah, mencegah tumor, dan menurunkan berat badan (obesiti).

Pengalaman :  seorang gadis menghidap penyakit kulit yang teruk dapat disembuhkan dengan berpuasa.

Semasa berpuasa kandungan air dalam darah berkurangan. Maka, berkuranglah pula kandunan air yang ada dalam kulit.

Keadaan ini dapat menambah kekuatan kulit dalam melawan mikrob dan penyakit mikrob dalam perut.

Mententeramkan jiwa – orang yang berpuasa sentiasa dalam peliharaanNya, justeru hati dan jiwanya menjadi tenang.

Seperti yang kita tahu hanya dengan mengingati dan menyebut nama Allah saja jiwa dan hati kita akan tenang.

Maka orang yang berpuasa memperolehi ketenangan jiwa. Kenapa?... Kalau kita fikir-fikir, kalau orang yang tak ingat Allah mesti dia akan berbuka.

Boleh saja dia makan atau minum secara sembunyi dari orang lain, manusia tak akan tahu. Tapi oleh kerana orang berpuasa takut puasanya terbatal dan yakin Allah sentiasa ada dan memerhatinya. Maka dengan itu dia akan selalu berhati2 dan mengingati Allah swt.


Add comment