cpr certification online
cpr certification onlineNational CPR associationcpr certification online

Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Harta tidak akan berkurangan dengan sebab sedekah. Dan Allah tidak menambah kepada seseorang hamba dengan sebab kemaafan yang diberikan (kepada orang lain) melainkan kemuliaan kepadanya dan tiada merendah diri seseorang itu melainkan Allah akan mengangkatkan darjatnya”.

(Riwayat Muslim)

 

 
 
Huraian Hadith :
 
  1. Umat Islam digalakkan memberi sedekah kepada orang yang memerlukannya.
  2. Orang-orang Islam janganlah merasa sayang kepada harta bendanya untuk membelanjakannya kepada perkara-perkara kebaikan kerana setiap pemberian akan diganti oleh Allah SWT.
  3. Sifat merendah diri tidak akan menjatuhkan martabat seseorang kerana Allah SWT memberi jaminan akan mengangkatkan darjat orang yang bersifat demikian.
  4. Sedekah tidak mengurangkan harta kerana Allah SWT sentiasa menambah keberkatannya yang menambah suburnya harta ini, atau ganjaran yang dijanjikan Allah SWT di akhirat nanti akan menggantikan harta yang disedekahkan dengan berlipat ganda.
  5. Orang yang bersifat pemaaf dan berbudi bicara akan disanjung dan dihormati di dunia dan dijanjikan ganjaran yang besar di akhirat, begitu juga orang yang bertawaduk kerana Allah SWT akan mendapat kedudukan di hati manusia  dan ganjaran yang besar di sisi Allah SWT.