cpr certification online
cpr certification onlineNational CPR associationcpr certification online

Tasbih Nabi Yunus 

لا إِلَهَ إِلا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ (٨٧) سورة الأنبياء

Ertinya: Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri.۝

Dalam Hadis Sahih Nasai’:

أَلَا أُخْبِرُكُمْ، أَوْ أُحَدِّثُكُمْ بِشَيْءٍ إِذَا نَزَلَ بِرَجُلٍ مِنْكُمْ كَرْبٌ، أَوْ بَلَاءٌ مِنْ الدُّنْيَا دَعَا بِهِ فَرَّجَ عَنْهُ؟
فقيل له: بَلَى، قَالَ: دُعَاءُ ذِي النُّونِ: لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ ، إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ.

Ertinya: Nabi SAW bersabda: Maukah aku beritahu kamu sesuatu, bilamana seseorang itu bersedih atau ditimpa kesusahan dan dia berdoa dengan ucapan ini nescaya terlepas ia dari masalah tersebut.

Para Sahabat menjawab, “Mahu wahai Rasulullah”.

Nabi SAW menyambung, “Ucapkanlah doa Zinnun ‘Lailaha....”.


Dalam Hadis Sahih Tarmizi:


فإنها لم يدع بها رجل مسلم في شيء إلا استجاب له.

Ertinya: Nabi SAW bersabda: Doa Zinnun yang diucapkannya kepada Tuhan-Nya dalam munajatnya, sesungguhnya tiada Seorang Muslim berdoa dengan doa ini melainkan Allah memakbulkannya.


Tasbih Nabi Yunus ini adalah antara Ismul A’zam. Doa yang dimunajatkan oleh Nabi Allah yang mulia bernama Yunus. Tasbih ini didengari oleh para malaikat walaupun ketika itu Nabi Yunus berada dalam perut ikan paus. Maka perbanyakkanlah tasbih ini.



لا إِلَهَ إِلا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ
Ertinya: Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri.۝




Untuk Hajatan

1. Hendaklah berwirid ditempat yang sunyi dan waktu berwirid selepas Solat Subuh.

2. Selama 7 hari bermula Hari Sabtu.

3. Wiridnya sebanyak 313X:


Di dalam ayat ini ada 3 bahagian.

Pertama: Kalimah mentauhidkan Allah SWT iaitu pada ayat:

لا إله إلا أنت
Ertinya: Tiada tuhan selayaknya di sembah melainkan Engkau

Kedua: Tasbih dan mensucikan Allah SWT


سبحانك
Ertinya: Maha Suci Engkau

Dari kalimah inilah dinamai Tasbih Nabi Yunus. Ini dikuatkan lagi firman Allah SWT dalam surah al-Ṣāffāt.

وَإِنَّ يُونُسَ لَمِنَ الْمُرْسَلِينَ (١٣٩) إِذْ أَبَقَ إِلَى الْفُلْكِ الْمَشْحُونِ (١٤٠) فَسَاهَمَ فَكَانَ مِنَ الْمُدْحَضِينَ
(١٤١) فَالْتَقَمَهُ الْحُوتُ وَهُوَ مُلِيمٌ (١٤٢) فَلَوْلا أَنَّهُ كَانَ مِنَ الْمُسَبِّحِينَ (١٤٣) لَلَبِثَ فِي بَطْنِهِ إِلَى يَوْمِ
يُبْعَثُونَ (١٤٤) فَنَبَذْنَاهُ بِالْعَرَاءِ وَهُوَ سَقِيمٌ (١٤٥) سورة الصافات

139. Sesungguhnya Yunus benar-benar salah Seorang rasul,
140. (Ingatlah) ketika ia lari, ke kapal yang penuh muatan,
141. Kemudian ia ikut berundi lalu dia termasuk orang-orang yang kalah dalam undian.
142. Maka ia ditelan oleh ikan paus dalam keadaan tercela.
143. Maka kalau sekiranya dia tidak termasuk orang-orang yang banyak mengingat Allah,
144. Nescaya ia akan tetap tinggal di perut ikan itu sampai hari berbangkit.
145. Kemudian kami lemparkan dia ke daerah yang tandus, sedang ia dalam keadaan sakit.



Ketiga: Istigfar dan kalimah ubudiyyah terhadap Allah SWT

إني كنت من الظالمين
Ertinya: Sesungguhnya aku termasuk orang yang zalim.


Ayat ini antara doa-doa yang mustajab kerana:

1. Disebut di dalam al-Quran.
2. Doa ini adalah doa Nabi Yunus. Seorang insan mulia di sisi Allah.

3. Dalamnya terkandung Ismul A’ẓam yang mana doa-doa yang mengandungi lafaz nama-nama Allah yang Agung amatlah mustajab. Wallahua’lam.

 

 


Add comment