cpr certification online
cpr certification onlineNational CPR associationcpr certification online

Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Bukannya orang yang kuat itu orang yang menang dalam pertarungan, tetapi orang yang dapat menguasai dirinya ketika marah.”

(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

 
 
Huraian Hadith :
  1. Kekuatan yang sebenar-benarnya ialah dapat menguasai diri dalam keadaan marah.
  2. Umat islam hendaklah berusaha menjauhi sifat marah kerana sifat demikian menandakan seseorang itu kalah dalam perjuangan.

Hadith Pilihan

Memberi Bantuan kepada yang Memerlukan

Daripada Abu Said al-Khudri RA katanya, pada suatu ketika kami sedang dalam perjalanan bersama-sama rombongan Nabi SAW, tiba-tiba datanglah seorang lelaki di atas kenderaan,

maka ia menoleh pandangannya ke kanan dan ke kiri, kemudian Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang mempunyai kenderaan yang melebihi dari keperluan sendiri hendaklah bersedekah kepada orang yang tidak mempunyai kenderaan dan sesiapa yang mempunyai lebihan bekalan makanan hendaklah ia bersedekah kepada orang yang tidak mempunyai apa-apa bekalan makanan. Selanjutnya Junjungan menyebut berbagai-bagai harta benda hingga kami ketahui bahawasanya tidak ada hak bagi sesiapa daripada kami kadar yang lebih daripada keperluan.

 

(Riwayat Muslim)

 
Huraian Hadith :
 
  1. Islam menggalakkan umatnya supaya memberi pertolongan dan bantuan kepada orang-orang yang susah dan orang-orang yang memerlukan bantuan sama ada dari segi harta benda, kewangan dan sebagainya.
  2. Hikmah digalakkan bersedekah ialah mengelakkan daripada mementingkan diri sendiri sebaliknya mengeratkan persaudaraan dalam Islam

Subhanallah Walhamdulillah Walailahaillallah Wallahuakbar

Position 10

advertisement space for grab

Position 11

advertisement space for grab

Position 12

advertisement space for grab